Teks dan Foto: Normila Muhamad
Ramai orang pandai berbisnes, tapi tidak ramai yang tahu cerita di sebalik tabir sesuatu perniagaan itu. 10 tahun menceburkan diri dalam bidang perakaunan dan kewangan ini, acapkali saya dipelawa oleh saudara mara dan rakan-rakan untuk membantu mereka membuat akaun perniagaan mereka. Kebanyakan mereka 'one man show'. Tidak punya pekerja, atau punya pekerja operasi tapi bukan yang membuat akaun.
Oleh kerana, saya dan suami dari bidang yang sama, sesekali kami ambil juga tawaran itu untuk membantu mereka menyiapkan akaun. Saya fokus kepada perniagaan Sdn Bhd kerana pengalaman saya lebih kepada 'Small Medium Enterprise', suami pula beliau pernah bekerja dengan firma audit lebih 5 tahun. Makanya, pengalaman dia lebih luas: milikan tunggal, perkongsian, Sdn Bhd dan juga firma undang-undang.
Berbalik kepada tawaran membuat akaun tadi, bila ditanya usia perniagaan, anda yang sudah melebih 5 tahun berniaga tetapi tidak pernah ada akaun. Hampir 100 peratus mahukan akaun disiapkan segera kerana mereka memerlukan akaun itu untuk membuat pinjaman!
Adakah akaun ini diperlukan hanya ketika ingin membuat pinjaman? Bukankah akaun itu rutin yang perlu dibuat untuk setiap perniagaan. Kasihannya bangsa saya.
Atas kesedaran ini, saya sangat berbesar hati untuk berkongsi beberapa tips mudah untuk akaun bisnes kecil. Percayalah, semua yang berbisnes, pasti boleh melakukannya sendiri. Mari kita semak satu persatu.
Rekod setiap urusniaga
Jangan abaikan ini! Rekodlah setiap urusniaga walaupun hanya seringgit. Sediakan buku log yang berkulit tebal dan bergaris supaya anda mudah merekodkannya. Bawalah ia kemana sahaja anda pergi. Anda pasti menggunakannya sebagai rujukan bila diperlukan nanti. Ketahui cara merekod dalam entri akan datang. Kita boleh belajar pengetahuan asas perkaunan.
Inbois, resit, ‘delivery order’dan pemfailan
Begitu juga dengan dokumen di atas. Sediakan resit untuk jualan anda. Kadangkala, pelanggan tidak meminta, tapi anda perlu juga tulis untuk rekod anda. Jika anda buat belian, minta inbois dan resit dari pembekal, biarpun jumlahnya sedikit. Fail kan inbois/resit anda mengikut kategori seperti ini, jualan, belian, bil utiliti, kos pos, kos pembungkusan dan gaji sekiranya anda punya pekerja. Fail yang sistematik menjimatkan banyak masa sekiranya anda perlu mencari dokumen. Resit yang tidak teratur menyukarkan pencarian malah boleh mengundang kerugian.
Sampel Unjuran Untung Rugi |
Entiti Berasingan
Pastikan akaun bank dan akaun peribadi di asingkan. Ia amatlah mustahak supaya perbelanjaan peribadi tidak menggunakan wang perniagaan kita. Biarpun sekecil-kecil perbelanjaan. Jika anda banyak menerima jualan tunai, sediakan juga dompet yang berasingan. Satu untuk peribadi, dan satu lagi untuk perniagaan. Ia amatlah penting. Kadangkala kita tidak tahu kemana perginya wang jualan, sedangkan kita sudah menggunakannya untuk membeli susu anak.
Jadikan bank kawan karib anda
Anda mungkin senang hati mempunyai tunai yang banyak dalam simpanan. Ia sangat bahaya! Bukan sahaja anda terdedah kepada kecurian ia juga tidak praktikal untuk perniaagaan. Jika jualan tunai anda sentiasa banyak, pastikan anda memasukkan wang ke bank setiap hari. Ini membolehkan transaksi bank anda menunjukkan penyata yang aktif. Anda mungkin memerlukannya untuk membuat pinjaman dengan pihak bank untuk membesarkan perniaagaan anda. Jika jualan tunai kurang banyak, mungkin anda perlu lakukannya setiap tiga hari atau seminggu sekali. Cadangan saya, amalkan setiap hari.
Banyak lagi tips yang hendak saya kongsikan. Kita jumpa pada lembaran akan datang.
Salam puan normila. Saya tertarik dengan posting ini . Bolehkah puan memberi sedikit nasihat mengenai akaun untuk bisnes kecil kami ini.
ReplyDeleteTerima kasih atas kesudian puan membaca komen
mukaramjamin@gmail.com
0182222493