Alhamdulillah...masih bernafas untuk
hari seterusnya. Ujian Allah bila puteri sulung Nurin Hidayatullah
demam malam tadi. Suhu badannya mencecah 39.9. Saya jadi panik seketika
sebab sudah agak lama Nurin tidak demam. Biasalah budak nak membesar
kan. Kita yang dah besar ni pun demam juga.
Bila demam begini, Nurin mahu saya menemani dia tidur. Bahang juga badannya walaupun penghawa dingin dibuka. Hanya suhu sederhana. Bergilir-gilir menyuapkan dia minum air dengan mengelapnya dengan kain basah. Sejak kecil, saya suka mengurutnya. Bagi dia tenang dan rehat. Usai mengurut dia kata tak sedap perut. Belum sempat nak buat apa-apa dia sudah memuntahkan isi perutnya di atas katil . Biasalah tu.
Adiknya Alya tidur di sebelah saya dengan lena. Langsung tidak terganggu dengan kakaknya yang muntah-muntah. Syukurlah Alya sihat. Perkara begini sudah menjadi lumrah dan asam garam seorang ibu. Sekian lama bila demam anak-anak saya diberi ubat doktor seperti paracetamol, tapi kali ini saya tekad untuk tidak memberi kepadanya. Alhamdulillah, dia faham. Saya berikannya vitamin NutriFeron Shaklee.

Aktiviti
SOHO saya terganggu sedikit hari ini, tapi tidak mengapalah,
sekurang-kurangnya Nurin ada di sisi saya ketika dia demam. Saya harus
memaksimakan masa saya bersama dia. Dahulu, bila dia demam, kami suami
isteri membawanya ke klinik kemudian kami tinggal dia di pusat jagaan.
Sayunya hati. Suami pujuk saya, Nurin kuat. Biar dia belajar berdikari
dan kuat semangat.
Sekarang saya lega. Tidak perlu bersengkang mata di pejabat kerana menahan mengantuk sementelah semalaman tidur tidak lena menjaga anak yang sakit. Syukur lagi pada yang Esa atas peluang ini.
Selepas
pulang dari klinik, kami sarapan bersama di luar. Nurin hanya menjamah
sedikit makanan. Pulang ke rumah saya uruskan kain baju untuk disidai
dan menyediakan makanan tengahari. Jadi menu untuk orang demam hari ini
ialah Bubur Nasi bersama Sup Ayam.
Alhamdulillah. Semangkuk bubur ini dia habiskan.
Doakan Nurin sihat ya.
Kunjungi blog saya berkenaan vitamin dan kesihatan. Harga istimewa untuk pelanggan saya.
http://www.mamanurins.blogspot.com/
Salam sayang.
http://www.mamanurins.blogspot.com/
Salam sayang.
No comments:
Post a Comment